Friday, 29 December 2017

DTM 5A SESI DIS 2017 E- FOLIO > Hiburan Melampau Punca Keruntuhan Akhlak Remaja


                                                                                                                                                                       Image result for polisas logo
                                 
                            SESI DISEMBER 2017


                                      DUA 6022

   KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

Tajuk : Hiburan melampau dikenalpasti sebagai                         punca keruntuhan akhlak remaja



Nama
No.  Pendaftaran
KISHO KUMAR A/L SUBBIAH
02DTM15F2042
MOHD HAIKAL HAKIMIN BIN SABRY
02DTM15F2003
MUHAMMAD FARHAN BIN SULAIMAN
02DTM15F2047
MOHD BADRUL AMIN BIN AWANG
02DTM15F2014
MUHAMMAD AMIRUL HAKIMIE BIN ZAINUDIN
02DTM15F2017

Nama Pensyarah : PUAN. RINA FAKHIZAN BINTI                                            MOHD SUKRI

Isi Kandungan
   
1.0
Penghargaan
2.0
Pengenalan
3.0

Hiburan Melampau

3.1 Definisi Hiburan
3.2 Definisi Akhlak
3.3 Contoh-contoh hiburan melampau
3.4 Takrif  Setiap Hiburan

4.0

Punca Keruntuhan Akhlak Remaja
5.0
Cara Penyelesaian Keruntuhan Akhlak Remaja
6.0
Kebaikan Dan Keburukan
7.0
Garis Pandaun Hiburan
8.0
Syarat Berhiburan Yang Dibolehkan Dalam Islam
9.0

Kesimpulan
10.0
Penutup
11.0
Lampiran
12.0
Rujukan


1.0 PENGHARGAAN 

                     Alhamdullilah, Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga menyiapkan e-folio kami yang telah diusahakan selama ini bertajuk Hiburan Melampau. Folio yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada assignment subjek kami. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta Pn. Rina Fakhizan Binti Mohd Sukri  kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Tidak juga lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan masing-masing. Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih

2.0 PENGENALAN


   Di zaman yang serba moden ini, kita banyak mendengar dan membaca mengenai remaja-remaja yang terjerumus dalam kegiatan yang kurang menyihatkan. Setiap remaja merasakan mereka sudah cukup dewasa untuk bersosial. Namun, bagi remaja, mereka mempunyai pelbagai bentuk keseronokkan sebagai hiburan mereka tersendiri. Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.


            Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan Negara kini semakin meningkat.Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awam terjejas, kesejahteraan ummat juga tidak terkawal.Secara terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini. Dalam sahih Al-Bukhari, Al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa Rasulullah SAW datang ke majlis perkahwinannya dan mendengar beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa Peperangan Badar sehingga salah seorang daripada mereka berkata:

“Di sisi kami ada nabi yang mengetahui ара yang akan berlaku pada hari esok.” Baginda bersabda: Jangan engkau kata begitu, katakanlah apa yang engkau katakan sebelum itu”

              Dalam hadis tersebut baginda tidak melarang hiburan pada hari keramaian seperti perkahwinan. Cuma baginda melarang ungkapan atau lirik yang salah dan bertentangan dengan asas agama, yang mengetahui ара yang akan berlaku esok hari hanyalah Allah. Маkа baginda membetulkannya. Baginda bertindak bagaikan lembaga penapisan dan penilaian seni atau hiburan, agar tidak menyanggahi batasan agama yang murni ini. Islam tidak jumud sehingga menjadikan hidup ini kaku dan tidak ada langsung hiburan dan keseronokan dengan kadar yang tidak melampaui batas sehingga boleh menghilangkan matlamat hidup yang sebenar. Hiburan yang melampau telah disepakati akan keharamannya dan larangan untuk umat Islam menyertainya.

             Realitinya pada hari ini kita berdepan dengan budaya berhibur yang luar biasa. Kita dihidang dengan berbagai jenis hiburan yang sangat melalaikan dan mengasyikkan. Penyakit suka kepada hiburan melampau ini juga seandainya tidak segera dibendung dan dirawat, dibimbangi akan menyemarakkan lagi wabak penyakit sosial yang telah sedia kritikal, bahkan banyak permasalahan yang melibatkan muda-mudi Islam kita sepeti perhaulan bebas tanpa ada batasan sehingga sebahagian mereka sanggup dipeluk dan didakap oleh penyanyi pujaan hati mereka. Ini semua adalah berpunca daripada budaya ingin berlibur dan bersuka ria tanpa ada batasan agama.

          

3.0 HIBURAN MELAMPAU

3.1 Definisi Hiburan

            Menurut kamus dewan edisi ke-3, hiburan bermaksud sesuatu perbuatan, benda dan lain-lain untuk menghiburkan iaitu menyenangkan, mententeramkan hati dan tempat menghiburkan hati. Hiburan merupakan persembahan atau kegiatan yang direka bentuk untuk memberi nikmat kepada penonton, contohnya untuk permainan computer, “penonton” mungkin hanya seorang sahaja. Para penonton boleh menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera atau secara aktif seperti dalam permainan computer. Industry yang membekalkan hiburan digelarkan industry hiburan. Pada umumnya, bermain dan membaca serta penghargaan seni tidak dianggap sebagai hiburan tetapi tergolong dalam rekreasi kerana hiburan biasanya memerlukan pembekal persembahan dilihat oleh penonton, kecuali dalam  permainan computer.

            Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang bermaksud:

“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya akan adalah hari raya kita.”(Ibnu Majah)

             Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga ialah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa. 

3.2 Definisi Akhlak

              Perkataan "akhlak" berasal daripada bahasa Arab, iaitu "al-Khulk" yang bererti tabiat, perangai, tingkah laku, kebiasaan atau kelakuan. Dari segi istilah, akhlak ialah tingkah laku seseorang yang dilakuakn secara spontan tanpa adanya suatu pemikiran dan paksaan. Akhlak juga diertikan sebagai suatu tingkah laku, tetapi tingkah laku tersebut hendaklah dilakukan secara berulang-ulang, tidak hanya melakukan perbuatan baiksekali, atau hanya untuk waktu tertentu sahaja. Seseorang yang berakhlak mempunyai sifat mulia yang didorong atau dimotivasikan oleh dirinya sendiri dan bukan disebabkan paksaan. Apabila sesuatu perbuatan dilakukan dengan keadaan terpaksa, bukanlah percerminan daripada akhlak. 
   
Akhlak juga terbahagi kepada dua iaitu:



3.3 Contoh-contoh hiburan melampau

Hiburan yang dikategorikan oleh Islam sebagai hiburan melampau termasuklah :-


  • Hiburan yang tidak menitikberatkan masa atau waktu ibadat seperti diadakan program waktu azan atau hampir dengan waktu beribadat. Ia juga membuang masa untuk jangka waktu yang panjang.
  •  Hiburan yang tidak membataskan atau mengamal percampuran antara lelaki dan  perempuan dalam satu tempat berlakunya hiburan tersebut. Ini akan menyebabkan berlakunya pergaulan bebas terlampau antara lelaki dan perempuan tanpa ada segan  silu, duduk berlaga bahu, sentuh menyentuh dan sebagainya yang kita lihat pada  konsert  atau persembahan muzikal. Ini semua pasti membawa kepada zina dan dosa  besar. 
  •  Hiburan yang bercanggah dengan ajaran Islam, terutamanya unsur-unsur khurafat, syirik dan bidaah. 

  • Hiburan yang tidak ada didalamnya unsur-unsur kebaikan atau nilai tambah melainkan kelalaian dan kelekaan sehingga sanggup berada di depan televisyen berjam-jam tanpa rasa jemu atau bosan, dan mereka juga rela menghabiskan wang untuk mengirim sms bagi mengundi bintang-bintang pujaan mereka.
3.4 Takrif setiap hiburan



4.0 Punca Keruntuhan Akhlak Remaja


           Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dikalangan muda mudi.


           Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar                      pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti 
kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.

Antara punca keruntuhan akhlak remaja termasuklah :-

1) Faktor Ibu Bapa

Kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada berlakunya gejala ini.  Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.  Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang songsang.  Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang salah.  Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk.  Bak kata pepatah ‘sudah terhantuk, baru terngadah’.

                             Image result for busy mother not take care of children       Image result for busy mother not take care of children

2) Kekurangan Didikan Agama

Didikan agama dan nilai-nilai murni tidak diterapkan dalam diri kalangan remaja pada masa kini juga salah satu punca keruntuhan akhlak remaja.  Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu 
sibuk mengejar kemewahan duniawi dan kedudukan sehinggakan mereka alpa terhadap 
perihal anak-anak mereka.  Oleh itu, anak-anak mereka tidak mendapat didikan agama 
yang secukupnya oleh ibu bapa mereka.  Mereja tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk terhadap perbuatan yang mereka lakukan.

               Image result for kekurangan didikan agama  Image result for kurang didikan agama


3)Pengaruh Rakan Sebaya

Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga.  Oleh itu, rakan sebaya sangat mudah mempengaruhi seseorang remaja itu sama ada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang.  Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah.  Oleh kerana ‘darah muda’ remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara itu berbahaya dan sia-sia.

                           Image result for peer pressure       Image result for peer pressure

4)Pengaruh Media Massa

Pada zaman yang serba moden ini, media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian.  Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang terutamanya golongan remaja ke arah yang negatif secara diam.  Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh media massa.  Cerita-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi.

                         Image result for pengaruh media massa  Image result for pengaruh media massa


5.0 Cara Penyelesaian Keruntuhan Akhlak Remaja

Strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Beberapa saranan atau cara-cara mengatasi keruntuhan kahlak remaja di antaranya ialah seperti berikut:

1) Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil lagi ibarat pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa menjadikan diri mereka sebagai contoh terbaik untuk anak-anak mereka.Ibu bapa harus sentiasa berada di sisi anak-anak ketika anak-anak berada dalam kesusahan dan menjadi rakan atau pendengar yang setia untuk mendengar dan berkongsi segala masalah yng dihadapi anak-anak.Selain itu, ibu bapaa perlu menerapkan nilai-nilai dan etika untuk menguruskan masa debgan baik. Akhir sekali, ibu bapa jnganlah terlalu taksub dengan dunia perkejaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa.

                                           Image result for parents caring                                          

2) Peranan Individu


Sentiasa meminta dorongan daripada keluarga, rakan-rakan dan pihak kauseling. Selain itu, mencuba untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala negatif atau masalah disiplin. Remaja perlulah mentapkan target tau bin azam untuk mencapai kehidupan yang lebih berkualiti. Contohnya, berazam untuk sentiasa yakin diri bahawa azam yan dibin itu akan tercapai dengan cemerlang kearah pembentukan diri yang lebih baik.

                                       Image result for  TAKE CARING YOURSELF

3) Peranan Rakan Sebaya



Rakan sebaya dapat membantu dalam mengatasi keruntuhan akhlak remaja dengan menjadi teladan yang baik kepada rakan-rakan. Dengan cara ini, rakan-rakn akan saling mempengaruhi supaya dapat mengelak daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Rakan-rakan yang baik akan sentiasa memberi motivasi kepada rakan mereka supaya tidak mudah terjebak dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Sekiranya rkn-rkn di sekeliling mereka mempunyai teladan yang baik maka mereka tidak akan mudah dipengaruhi oleh unsur negatif.

                                     Image result for GOOD FRIENDS 

4) Peranan Media

Peranan ini juga perlu diberi perhatian yang serius dalam usaha membendung gejala yang tidak sihat ini. Media cetak dan elektronik lebih mudah menganjurkan program berkaitan personaliti remaja berjaya. Ini dapat memberi contoh yang positif kepada remaja. Oleh itu, pihak penerbit,terutamanya yang mempunyai sasaran pembaca remaja perlu lebih sedar dan peka pada tanggungjawab sosial dengan menerbitkan lebih banyak bahan bacaan bercorak pengetahuan bagi melahirkan golongan remaja yang bertanggungjawab dan mempunyai sifat-sifat baik



                                             Image result for television BENEFITS





5) Didikan Agama


Pendidikan agama dan moral juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri remaja. Sebagai contoh, remaja mengerti cara untuk bergaul yang betul dalam aktiviti hiburan. Cara untuk bergaul dalam hiburan adalah semasa berhiburan berlangsung kaum lelaki dan perempuan mestilah diasingkan ini kerana tidak mahu berlakunya fitnah dalam masyarakat. Seterusnya, bagi berintraksi dengan individu lain haruslah dengan sopan dan tidak mengunakan perkataan yang kasar.


                     Image result for DIDIKAN AGAMA Image result for FAMILY PRAYERS TEMPLE




 6) Peranan Pihak Berkuasa



Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis, yang mana bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar yang bermasalah.  Di mana kes pelajar tersebut akan dirujuk kepada pihak polis sebagai penyelesaian yang terakhir. Selain itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah.Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.PIBG jangan lah jadi umpama “kucing tak bergigi, tikus lompat tinggi-tinggi”.
  
                                        Image result for police duty


6.0 Kebaikan Dan Keburukan


7.0 Garis Panduan Hiburan

Program Hiburan

        Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai. Bagi membuat sebuah hiburan atau konsert perlulah bijak memilih tempat agar tidak mnimbulkan ketidakpuashati penduduk yang berada di sekitar kawasan hiburan itu.

            Selain itu, mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakatdan ajaran islam. Kesemua agama tidak dibenar sama sekali membuat hiburan dalam masa yang sama menentuh atau mempertikaikan agama lain. Contohnya, mempertikaikan mengenai kezahiran tuhan agama Islam. Dalam sesebuah rakaman tidak wajar di sertai oleh perbuatan haram atau maksiat. Contoh paling mudah diberikana ialah rakaman sesuatu cerita seharusnya tidak ada penyentuhan sesama sendiri. Hal ini juga boleh mendatangkan fitnah jika tidak di bendong.


       Seterusnya, tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran islam. Ini berkait rapat denagn hiburan konsert seperti penyanyi membuat persembahan dengan pakaian yang tidak menutup aurat.

Persembahan Muzik


          Memastikan dalam persembahan muzik tidak ada mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau. Selain itu, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan yang membuat kelalaian kepada manusia haruslah dibuang. Disamping itu, hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan bunyian terlampau. Seperti budaya rock yang sering menggunakan drap yang berlebihan sehingga penonton  pendengar mengikut rentak. Hal ini menyebabkan penonton melompat-lompat, menjerit dan bersorak tanda terhibur yang dapat menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.


Lirik

         Lebih cantik jika lirik atau skip mengandungi kalimah syahadah dalam bahasa Arab tetapi hendaklah disempurnakan. Janganlah sesekali mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW. Dan tidak boleh juga sesebuah lirik atau skrip yang membangkitkan nafsu syahwat, perkataan yang lucah, mengambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa.


Persembahan Artis


        Persembahan artis atau lebih dikenali sebagai konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah. Maka masuk sahaja waktu beribadah ( solat) perlulah berhenti seketika dan menunaikan solat. Disamping itu, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini aurat terdedah maka hukumnya haram dan berdosa. Semasa beerinteraksi dengan penonton perlulah secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan. Sebagai contoh berterima kasih atas rezeki yang telah tuhan berikan selama ini.


Persembahan Tarian

      Disetiap persembahan perlulah memakai pakaian yang kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada syara’ Islam. Sebagai contoh memakai pakaian yang terdapat logo tengkorak atau salip. Selain itu juga, perlulah bijak untuk mereka gerak tari yang dipersembahkan supaya menarik dan tidak menimbulkan fitnah. Sebagai contoh membuat gerak-geri bercumbu dengan lain jantina. Maka perlulah memilih gerak-geri yang tidak mendatangkan kesan negatif terhadap seseorang. Sesebuah persembahan perlulah mempunyai ruang duduk atau himpun yang memisahkan antara lelaki dan perempuan. Tidak boleh percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.

8.0 Syarat berhiburan yang dibolehkan dalam islam


          Berhibur adalah fitrah semulajadi manusia. Hiburan merupakan suatu perkara yang disenangi oleh naluri insan. Kebanyakan manusia menjadikan hiburan sebagai saluran kreativiti yang mencerminkan gambaran pemikiran, emosi, dan inovasi manusia. Hiburan juga adalah gabungan keindahan seni, kehalusan bahasa dan keunikan budaya manusia yang mampu mententeramkan jiwa dan melahirkan kegembiraan. Sebagai agama yang menepati keperluan fitrah, Islam tidak menghalang umatnya berhibur, namun hiburan di sisi Islam perlu disuluh dan dipandu mengikut nilai-nilai murni yang dibawa oleh Islam. Hadis daripada Khalid bin Zakwan RA bahawa Al-Rubai’ binti Mua’wiz menceritakan: ”Nabi s.a.w telah mengunjungiku di hari perkahwinanku, baginda mengambil tempat duduk di atas hamparanku, sepertimana kamu berada dihadapanku sekarang. Ketika itu sekumpulan hamba perempuan sedang memukul gendang sambil menyanyi dan memuji pejuang-pejuang yang terqurban di kalangan bapa-bapa kami di perang Badar. Salah seorang penyanyi tersebut menyebut: “Bersama kami nabi Allah yang mengetahui apa yang akan berlaku esok hari.” Mendengar lirik terakhir itu Rasulullah s.a.w menegurnya: Tinggalkan kata-kata itu dan teruskan dangan apa telah kamu nyanyikan sebelumnya”. (Riwayat al-Bukhari) Sebagai seorang muslim, kita hendaklah meyakini bahawa cara hidup Islam adalah yang amat sempurna dan pasti dapat memenuhi kesemua aspek keperluan hidup manusia. Syariat Islam diturunkan bukanlah untuk menyekat kebebasan manusia tetapi ia bertujuan untuk mengawal dan mengatur keperluan manusia untuk menjamin kesejahteran dan kebahagiaan hidup yang berpanjangan.
     
          Hiburan dalam Islam adalah suatu yang menenangkan dan mendidik jiwa. Bahkan melakukannya bukan hanya semata-mata untuk mencari keseronokan dan memenuhi runtunan nafsu tanpa batasan. Konsep berhibur dalam Islam adalah dengan tujuan untuk membangunkan dan memdamaikan jiwa, menenangkan fikiran dan merehatkan rohani serta jasmani. Melihat kepada realiti ini, dapat dipaparkan ciri-ciri hiburan mengikut syariat Islam untuk kita jadikan bahan perbandingan dan penilaian seperti berikut :

Pertama : Lagu dan senikata lagu atau hiburan tersebut mestilah tidak melalaikan, tidak bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam, tiada unsur maksiat seperti memuja kecantikan wanita, menganjurkan hubungan bebas muda-mudi dan perlanggaran syariat. Sewajarnya senikata lagu-lagu Islam mampu mengajak manusia kepada Cintakan Allah dan Hari Akhirat serta ke arah memperbaiki diri.

Kedua : Tidak lalai dan berlebih-lebihan dalam berhibur sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai. Maka haram berhibur jika sampai meninggalkan solat, mengabaikan urusan mencari nafkah dan menuntut ilmu. Kelalaian ini adalah perkara sia-sia yang wajib dijauhi sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 55 : “Dan apabila mereka mendengar perkataan Yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi Kami amalan Kami dan bagi kamu pula amalan kamu; Selamat Tinggalah kamu; Kami tidak ingin berdamping Dengan orang-orang Yang jahil". 

Ketiga : Tiada percampuran di antara lelaki dan wanita ajnabi dalam berhibur. Jika persembahan dari kalangan wanita maka ia hendaklah dibuat secara tertutup dan hanya wanita sahaja dibolehkan menyaksikan persembahan tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan segala fitnah dan punca kerosakan Umat Islam. Tiada juga perlakuan yang haram seperti minum arak, unsur judi dan sebagainya di dalam hiburan tersebut. Hadis daripada Abu Malik Al- Asy’aari R.A bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya sebahagian daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan khinzir”. (Riwayat Ibnu Majah)

Keempat : Penyanyi atau orang yang melakukan persembahan dan para penonton yang hadir hendaklah menjaga tata susila Islam, memelihara aurat, tidak melakukan gerak badan yang mengghairahkan dan penampilan yang mengundang fitnah.

Kelima : Menghasilkan sesuatu yang baik susulan dari hiburan tersebut. Berkat dari senikata yang baik, persembahan yang sopan dan syariat yang dipelihara akan lahirlah masyarakat yang tenang dan bahagia, teguh iman dan baik akhlaknya, bersatu padau dan berkasih sayang sesama mereka.

 9.0 Kesimpulan

         Remaja generasi kini tidak lagi mementingkan perihal halal dan haram contohnya minum arak,berpegangan tangan malah juga tidak  menghormati ibubapa, guru, dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka lebih mementingkan keseronokan yang tiada batasan dan  mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup.

          Secara amnya, golongan remaja adalah yang berumur antara 11 tahun hingga 19 tahun. Ketika diusia remaja ramai diantara mereka yang terlibat dalam hiburan yang melampau dan mempunyai pelbagai masalah sosial. Diusia ini juga remaja yang kurang pemerhatian dari ibubapa akan cuba mencari keseronokan diluar.  

          Oleh itu,ibupaba perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak-anak mereka supaya menjadi generasi yang berguna suatu hari nanti iatu dengan cara ibubapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Didikan agama juga  perlu dititik beratkan dalam keluarga agar ia dapat dijadikan panduan.

           Usaha memperbaiki akhlak remaja bukanlah suatu usaha jangka pendek yang boleh dilakukan oleh sesuatu individu khusus, tetapi ia adalah usaha berterusan yang memerlukan kesedaran dan tindakan semua pihak, daripada ibubapa, sekolah, institusi-institusi kerajaan dan bukan kerajaan, dan diri remaja itu sendiri. Gejala-gejala keruntuhan akhlak yang semakin meluas pada hari ini adalah sebahagian daripada simtom-simtom meninggalkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

      Maka setiap orang dan pihak perlu melakukan tanggungjawabnya di dalam pembinaan akhlak remaja. Seseorang remaja perlu mencari persekitaran  bagi memastikan dirinya mendapat pengaruh yang baik. Seseorang ibu atau bapa perlu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pendidikan anak-anak remajanya di rumah. Seorang guru perlu menyediakan persekitaran di kelas yang menyokong peningkatan akhlak anak muridnya. Dan sesebuah kerajaan perlu menggerakkan institusi-institusinya ke arah menjana generasi remaja cemerlang yang bakal menggantikannya suatu hari nanti.


          Pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan.Oleh itu, remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan di beri pimpinan agar mereka tidak sesat ke arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa cerah. Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dan bangsa kerana para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara dan mereka inilah yang akan memimpin negara pada suatu hari nanti.  

           Setiap pihak mesti melaksanakan amanah dan tanggung jawab menangani masalah keruntuhan akhlak ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Kesan positif daripadanya akan lahirlah generasi-generasi muda-mudi yang cemerlang dari sudut akhlak yang sudah tentu akan membimbing negara yang tercinta ini ke arah kemakmuran dan kesejahteraan.

            Kesimpulannya, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini haruslah ditangani dengan bijak dan segera. Semua pihak, termasuklah ibu bapa atau penjaga, pihak sekolah, jiran tetangga, serta segenap lapisan masyarakat haruslah berganding bahu dan bersama-sama mengatasi masalah yang kian runcing di negara kita pada hari ini. Sesungguhnya, para remaja pada hari ini merupakan umarak (pemimpin) nusa bangsa pada masa depan.

10. Penutup 

Kini telah banyak sumber-sumber hiburan Islam yang boleh dijadikan alternatif kepada hiburan yang sedia ada yang jelas melalaikan. Banyak usaha yang telah dibuat untuk membangunkan hiburan Islam dengan kemunculan kumpulan-kumpulan nasyid dan halaqah-halaqah zikir.
  
Kita juga telah faham bahawa tujuan berhibur dalam Islam ialah untuk melahirkan insan yang sihat jasmani, rohani dan indah budi pekertinya. Insan yang sihat bukanlah yang hanya terhindar dari sebarang penyakit, tetapi juga yang terhindar dari permasalahan emosi, kecelaruan minda dan jiwa, bebas dari tekanan masalah rumahtangga, tempat kerja dan sebagainya. Semua ini terhasil kerana hiburan Islam memiliki unsur-unsur positif, terkawal, bersifat mendidik dan menenangkan jiwa. Justeru sebagai umat Islam kita perlu bijak memilih hiburan dan cara untuk berhibur. Sesungguhnya, hiburan yang sebenar adalah hiburan yang mengingatkan kita kepada Tuhan Maha Pencipta, Allah SWT.

11. Lampiran 

https://ungulavender.files.wordpress.com/2012/06/381949_251103894962130_578256774_n.jpg?w=645












































RECAP



12. Rujukan



                             Image result for terima kasih