SESI DISEMBER 2017
DUA 6022
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
Tajuk : Hiburan melampau dikenalpasti sebagai punca keruntuhan akhlak remaja
Nama
|
No. Pendaftaran
|
KISHO KUMAR A/L SUBBIAH
|
02DTM15F2042
|
MOHD HAIKAL HAKIMIN BIN SABRY
|
02DTM15F2003
|
MUHAMMAD FARHAN BIN SULAIMAN
|
02DTM15F2047
|
MOHD BADRUL AMIN BIN AWANG
|
02DTM15F2014
|
MUHAMMAD AMIRUL HAKIMIE BIN ZAINUDIN
|
02DTM15F2017
|
Nama Pensyarah : PUAN. RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI
Isi Kandungan
1.0
|
Penghargaan
|
2.0
|
Pengenalan
|
3.0
|
Hiburan Melampau
3.1 Definisi Hiburan
3.2 Definisi Akhlak
3.3 Contoh-contoh hiburan melampau
3.4 Takrif
Setiap Hiburan
|
4.0
|
Punca Keruntuhan Akhlak Remaja
|
5.0
|
Cara Penyelesaian Keruntuhan Akhlak Remaja
|
6.0
|
Kebaikan Dan Keburukan
|
7.0
|
Garis Pandaun Hiburan
|
8.0
|
Syarat Berhiburan Yang
Dibolehkan Dalam Islam
|
9.0
|
Kesimpulan
|
10.0
|
Penutup
|
11.0
|
Lampiran
|
12.0
|
Rujukan
|
1.0 PENGHARGAAN
Alhamdullilah, Bersyukur kehadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga menyiapkan e-folio kami yang
telah diusahakan selama ini bertajuk Hiburan Melampau. Folio yang ini amat
penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada
assignment subjek kami. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan
ini kepada pensyarah tercinta Pn. Rina Fakhizan Binti Mohd Sukri kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Tidak juga lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas
dalam menyempurnakan tugasan masing-masing. Akhir madah, kami mengucapkan
terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam
pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih
2.0 PENGENALAN
Di zaman yang serba moden ini,
kita banyak mendengar dan membaca mengenai remaja-remaja yang terjerumus dalam
kegiatan yang kurang menyihatkan. Setiap remaja merasakan mereka sudah cukup
dewasa untuk bersosial. Namun, bagi remaja, mereka mempunyai pelbagai bentuk
keseronokkan sebagai hiburan mereka tersendiri. Kebelakangan ini terlalu banyak
diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja.
Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya
merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan
pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni
kemanusiaan serta agama.
Justeru kita lihat, keruntuhan
akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan Negara kini semakin
meningkat.Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awam terjejas,
kesejahteraan ummat juga tidak terkawal.Secara terperincinya, pelbagai faktor
yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja,
salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal ini boleh
digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini. Dalam
sahih Al-Bukhari, Al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa Rasulullah SAW
datang ke majlis perkahwinannya dan mendengar beberapa orang gadis memukul
kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh
semasa Peperangan Badar sehingga salah seorang daripada mereka berkata:
“Di sisi kami ada nabi yang mengetahui ара yang akan berlaku pada hari
esok.” Baginda bersabda: Jangan engkau kata begitu, katakanlah apa yang engkau
katakan sebelum itu”
Dalam hadis tersebut baginda tidak melarang
hiburan pada hari keramaian seperti perkahwinan. Cuma baginda melarang ungkapan
atau lirik yang salah dan bertentangan dengan asas agama, yang mengetahui ара
yang akan berlaku esok hari hanyalah Allah. Маkа baginda membetulkannya.
Baginda bertindak bagaikan lembaga penapisan dan penilaian seni atau hiburan,
agar tidak menyanggahi batasan agama yang murni ini. Islam tidak jumud sehingga
menjadikan hidup ini kaku dan tidak ada langsung hiburan dan keseronokan dengan
kadar yang tidak melampaui batas sehingga boleh menghilangkan matlamat hidup
yang sebenar. Hiburan yang melampau telah disepakati akan keharamannya dan
larangan untuk umat Islam menyertainya.
Realitinya pada hari ini kita berdepan dengan
budaya berhibur yang luar biasa. Kita dihidang dengan berbagai jenis hiburan
yang sangat melalaikan dan mengasyikkan. Penyakit suka kepada hiburan melampau
ini juga seandainya tidak segera dibendung dan dirawat, dibimbangi akan
menyemarakkan lagi wabak penyakit sosial yang telah sedia kritikal, bahkan
banyak permasalahan yang melibatkan muda-mudi Islam kita sepeti perhaulan bebas
tanpa ada batasan sehingga sebahagian mereka sanggup dipeluk dan didakap oleh
penyanyi pujaan hati mereka. Ini semua adalah berpunca daripada budaya ingin
berlibur dan bersuka ria tanpa ada batasan agama.

3.0 HIBURAN MELAMPAU
3.1 Definisi Hiburan
Menurut kamus dewan edisi ke-3, hiburan bermaksud sesuatu
perbuatan, benda dan lain-lain untuk menghiburkan iaitu menyenangkan,
mententeramkan hati dan tempat menghiburkan hati. Hiburan merupakan persembahan
atau kegiatan yang direka bentuk untuk memberi nikmat kepada penonton,
contohnya untuk permainan computer, “penonton” mungkin hanya seorang sahaja.
Para penonton boleh menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera
atau secara aktif seperti dalam permainan computer. Industry yang membekalkan
hiburan digelarkan industry hiburan. Pada umumnya, bermain dan membaca serta
penghargaan seni tidak dianggap sebagai hiburan tetapi tergolong dalam rekreasi
kerana hiburan biasanya memerlukan pembekal persembahan dilihat oleh penonton,
kecuali dalam permainan computer.
Pada dasarnya, Islam
mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah
kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang bermaksud:
“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku
ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang
dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata,
kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi
ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya
aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada
hari rayanya akan adalah hari raya kita.”(Ibnu Majah)
Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang
menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini
dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat
menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga ialah nyanyian.
Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri
kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa.


3.2 Definisi Akhlak
Perkataan "akhlak" berasal daripada bahasa Arab, iaitu "al-Khulk" yang bererti tabiat, perangai, tingkah laku, kebiasaan atau kelakuan. Dari segi istilah, akhlak ialah tingkah laku seseorang yang dilakuakn secara spontan tanpa adanya suatu pemikiran dan paksaan. Akhlak juga diertikan sebagai suatu tingkah laku, tetapi tingkah laku tersebut hendaklah dilakukan secara berulang-ulang, tidak hanya melakukan perbuatan baiksekali, atau hanya untuk waktu tertentu sahaja. Seseorang yang berakhlak mempunyai sifat mulia yang didorong atau dimotivasikan oleh dirinya sendiri dan bukan disebabkan paksaan. Apabila sesuatu perbuatan dilakukan dengan keadaan terpaksa, bukanlah percerminan daripada akhlak.
Akhlak juga terbahagi kepada dua iaitu:
3.3 Contoh-contoh hiburan melampau
Hiburan yang dikategorikan oleh Islam sebagai hiburan
melampau termasuklah :-
- Hiburan yang tidak
menitikberatkan masa atau waktu ibadat seperti diadakan program waktu azan
atau hampir dengan waktu beribadat. Ia juga membuang masa untuk jangka waktu
yang panjang.
- Hiburan yang tidak
membataskan atau mengamal percampuran antara lelaki dan perempuan
dalam satu tempat berlakunya hiburan tersebut. Ini akan menyebabkan berlakunya
pergaulan bebas terlampau antara lelaki dan perempuan tanpa ada
segan silu, duduk berlaga bahu, sentuh menyentuh dan sebagainya yang
kita lihat pada konsert atau persembahan muzikal. Ini semua
pasti membawa kepada zina dan dosa besar.
- Hiburan yang bercanggah
dengan ajaran Islam, terutamanya unsur-unsur khurafat, syirik dan
bidaah.
- Hiburan yang tidak ada
didalamnya unsur-unsur kebaikan atau nilai tambah melainkan kelalaian dan
kelekaan sehingga sanggup berada di depan televisyen berjam-jam tanpa rasa
jemu atau bosan, dan mereka juga rela menghabiskan wang untuk mengirim sms
bagi mengundi bintang-bintang pujaan mereka.
3.4 Takrif setiap hiburan
4.0 Punca Keruntuhan Akhlak Remaja
Hedonisme
ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau
kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan,
budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan
masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dikalangan muda mudi.
Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana
tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam
kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang
utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan
kadar ketidakselesaan seperti
kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.
Antara punca keruntuhan akhlak remaja termasuklah :-
1) Faktor Ibu Bapa
Kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada berlakunya
gejala ini. Lumrah ibu bapa ialah
mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi,
kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka
terhadap anak-anak. Oleh itu, anak-anak
akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih
jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa
juga menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya
membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah
melakukan aktiviti yang salah. Ibu bapa
ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk. Bak kata pepatah ‘sudah terhantuk, baru
terngadah’.
2) Kekurangan Didikan Agama
Didikan
agama dan nilai-nilai murni tidak diterapkan dalam diri kalangan remaja pada
masa kini juga salah satu punca keruntuhan akhlak remaja. Hal ini disebabkan ibu bapa
terlalu
sibuk mengejar kemewahan duniawi dan kedudukan sehinggakan mereka alpa
terhadap
perihal anak-anak mereka. Oleh
itu, anak-anak mereka tidak mendapat didikan agama
yang secukupnya oleh ibu
bapa mereka. Mereja tidak dapat
membezakan perkara baik dan buruk terhadap perbuatan yang mereka lakukan.
3)Pengaruh Rakan Sebaya
Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih
rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh itu, rakan sebaya sangat mudah
mempengaruhi seseorang remaja itu sama ada ke jalan yang benar atau ke jalan
yang songsang. Para remaja ini akan
saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun
mereka tahu perkara itu salah. Oleh
kerana ‘darah muda’ remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu
untuk membuktikan kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara itu berbahaya
dan sia-sia.
4)Pengaruh Media Massa
Pada zaman yang serba moden ini, media massa merupakan satu
keperluan dalam kehidupan seharian.
Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh
mempengaruhi seseorang terutamanya golongan remaja ke arah yang negatif secara
diam. Cerita-cerita yang berunsurkan
keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh media massa. Cerita-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan
merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya keruntuhan
akhlak remaja semakin menjadi-jadi.
5.0 Cara Penyelesaian Keruntuhan Akhlak Remaja
Strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Beberapa saranan atau cara-cara mengatasi keruntuhan kahlak remaja di antaranya ialah seperti berikut:
1) Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil lagi ibarat
pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa menjadikan diri mereka
sebagai contoh terbaik untuk anak-anak mereka.Ibu bapa harus sentiasa berada di
sisi anak-anak ketika anak-anak berada dalam kesusahan dan menjadi rakan atau
pendengar yang setia untuk mendengar dan berkongsi segala masalah yng dihadapi
anak-anak.Selain itu, ibu bapaa perlu menerapkan nilai-nilai dan etika untuk
menguruskan masa debgan baik. Akhir sekali, ibu bapa jnganlah terlalu taksub
dengan dunia perkejaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu
bapa.
Sentiasa meminta dorongan daripada keluarga, rakan-rakan dan
pihak kauseling. Selain itu, mencuba untuk mengelakkan diri daripada terlibat
dengan sebarang gejala negatif atau masalah disiplin. Remaja perlulah mentapkan
target tau bin azam untuk mencapai kehidupan yang lebih berkualiti. Contohnya,
berazam untuk sentiasa yakin diri bahawa azam yan dibin itu akan tercapai
dengan cemerlang kearah pembentukan diri yang lebih baik.
3) Peranan Rakan Sebaya
Rakan sebaya dapat membantu dalam mengatasi keruntuhan
akhlak remaja dengan menjadi teladan yang baik kepada rakan-rakan. Dengan cara
ini, rakan-rakn akan saling mempengaruhi supaya dapat mengelak daripada
melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Rakan-rakan yang baik akan sentiasa
memberi motivasi kepada rakan mereka supaya tidak mudah terjebak dengan
aktiviti yang tidak berfaedah. Sekiranya rkn-rkn di sekeliling mereka mempunyai
teladan yang baik maka mereka tidak akan mudah dipengaruhi oleh unsur negatif.
4) Peranan Media
Peranan ini juga perlu diberi perhatian yang serius dalam
usaha membendung gejala yang tidak sihat ini. Media cetak dan elektronik lebih
mudah menganjurkan program berkaitan personaliti remaja berjaya. Ini dapat
memberi contoh yang positif kepada remaja. Oleh itu, pihak penerbit,terutamanya
yang mempunyai sasaran pembaca remaja perlu lebih sedar dan peka pada
tanggungjawab sosial dengan menerbitkan lebih banyak bahan bacaan bercorak
pengetahuan bagi melahirkan golongan remaja yang bertanggungjawab dan mempunyai
sifat-sifat baik
5) Didikan Agama
6) Peranan Pihak Berkuasa
Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis, yang mana bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar yang bermasalah. Di mana kes pelajar tersebut akan dirujuk kepada pihak polis sebagai penyelesaian yang terakhir. Selain itu, Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.Pertemuan yang lebih
kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi
pelajar-pelajar yang bermasalah.Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada
guru dengan sikap terbuka dan positif.PIBG jangan lah jadi umpama “kucing tak
bergigi, tikus lompat tinggi-tinggi”.
6.0 Kebaikan Dan Keburukan
7.0 Garis Panduan Hiburan
Program Hiburan
Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak
mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai. Bagi membuat sebuah hiburan atau
konsert perlulah bijak memilih tempat agar tidak mnimbulkan ketidakpuashati
penduduk yang berada di sekitar kawasan hiburan itu.
Selain itu, mengambil kira masa yang bersesuaian dengan
sensitiviti masyarakatdan ajaran islam. Kesemua agama tidak dibenar sama sekali
membuat hiburan dalam masa yang sama menentuh atau mempertikaikan agama lain.
Contohnya, mempertikaikan mengenai kezahiran tuhan agama Islam. Dalam sesebuah
rakaman tidak wajar di sertai oleh perbuatan haram atau maksiat. Contoh paling
mudah diberikana ialah rakaman sesuatu cerita seharusnya tidak ada penyentuhan
sesama sendiri. Hal ini juga boleh mendatangkan fitnah jika tidak di bendong.
Seterusnya, tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau
penyembahan yang bertentangan dengan ajaran islam. Ini berkait rapat denagn
hiburan konsert seperti penyanyi membuat persembahan dengan pakaian yang tidak
menutup aurat.
Persembahan Muzik
Memastikan dalam persembahan muzik tidak ada mempunyai
senikata lagu berunsur maksiat dan membawa kepada rangsangan ghairah nafsu
melalui tema-tema cinta yang melampau. Selain itu, luahan perasaan dan
kerinduan yang berlebihan yang membuat kelalaian kepada manusia haruslah
dibuang. Disamping itu, hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan bunyian terlampau. Seperti budaya rock yang sering menggunakan drap yang
berlebihan sehingga penonton pendengar mengikut rentak. Hal ini
menyebabkan penonton melompat-lompat, menjerit dan bersorak tanda terhibur yang
dapat menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.
Lirik
Lebih cantik jika lirik atau skip mengandungi kalimah
syahadah dalam bahasa Arab tetapi hendaklah disempurnakan. Janganlah sesekali
mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah
seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW. Dan
tidak boleh juga sesebuah lirik atau skrip yang membangkitkan nafsu syahwat,
perkataan yang lucah, mengambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan
dosa.
Persembahan Artis
Persembahan artis atau lebih dikenali sebagai konsert
yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan
kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah. Maka masuk sahaja waktu
beribadah ( solat) perlulah berhenti seketika dan menunaikan solat. Disamping
itu, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga
auratnya. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam
keadaan ini aurat terdedah maka hukumnya haram dan berdosa. Semasa
beerinteraksi dengan penonton perlulah secara sopan dan disertai kata-kata yang
boleh membina nilai-nilai kemanusiaan. Sebagai contoh berterima kasih atas
rezeki yang telah tuhan berikan selama ini.
Persembahan Tarian
Disetiap persembahan perlulah memakai pakaian yang kemas,
sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada syara’
Islam. Sebagai contoh memakai pakaian yang terdapat logo tengkorak atau salip. Selain itu juga, perlulah bijak untuk mereka gerak tari
yang dipersembahkan supaya menarik dan tidak menimbulkan fitnah. Sebagai contoh
membuat gerak-geri bercumbu dengan lain jantina. Maka perlulah memilih
gerak-geri yang tidak mendatangkan kesan negatif terhadap seseorang. Sesebuah persembahan perlulah mempunyai ruang duduk atau
himpun yang memisahkan antara lelaki dan perempuan. Tidak boleh percampuran
antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
8.0 Syarat
berhiburan yang dibolehkan dalam islam
Berhibur adalah fitrah semulajadi manusia. Hiburan merupakan
suatu perkara yang disenangi oleh naluri insan. Kebanyakan manusia menjadikan
hiburan sebagai saluran kreativiti yang mencerminkan gambaran pemikiran, emosi,
dan inovasi manusia. Hiburan juga adalah gabungan keindahan seni, kehalusan
bahasa dan keunikan budaya manusia yang mampu mententeramkan jiwa dan
melahirkan kegembiraan. Sebagai agama yang menepati keperluan fitrah, Islam
tidak menghalang umatnya berhibur, namun hiburan di sisi Islam perlu disuluh
dan dipandu mengikut nilai-nilai murni yang dibawa oleh Islam. Hadis daripada
Khalid bin Zakwan RA bahawa Al-Rubai’ binti Mua’wiz menceritakan: ”Nabi s.a.w
telah mengunjungiku di hari perkahwinanku, baginda mengambil tempat duduk di
atas hamparanku, sepertimana kamu berada dihadapanku sekarang. Ketika itu
sekumpulan hamba perempuan sedang memukul gendang sambil menyanyi dan memuji
pejuang-pejuang yang terqurban di kalangan bapa-bapa kami di perang Badar.
Salah seorang penyanyi tersebut menyebut: “Bersama kami nabi Allah yang
mengetahui apa yang akan berlaku esok hari.” Mendengar lirik terakhir itu
Rasulullah s.a.w menegurnya: Tinggalkan kata-kata itu dan teruskan dangan apa
telah kamu nyanyikan sebelumnya”. (Riwayat al-Bukhari) Sebagai seorang muslim,
kita hendaklah meyakini bahawa cara hidup Islam adalah yang amat sempurna dan
pasti dapat memenuhi kesemua aspek keperluan hidup manusia. Syariat Islam
diturunkan bukanlah untuk menyekat kebebasan manusia tetapi ia bertujuan untuk
mengawal dan mengatur keperluan manusia untuk menjamin kesejahteran dan
kebahagiaan hidup yang berpanjangan.
Hiburan dalam
Islam adalah suatu yang menenangkan dan mendidik jiwa. Bahkan melakukannya
bukan hanya semata-mata untuk mencari keseronokan dan memenuhi runtunan nafsu
tanpa batasan. Konsep berhibur dalam Islam adalah dengan tujuan untuk
membangunkan dan memdamaikan jiwa, menenangkan fikiran dan merehatkan rohani
serta jasmani. Melihat kepada
realiti ini, dapat dipaparkan ciri-ciri hiburan mengikut syariat Islam untuk
kita jadikan bahan perbandingan dan penilaian seperti berikut :
Pertama : Lagu dan senikata lagu atau hiburan tersebut
mestilah tidak melalaikan, tidak bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam,
tiada unsur maksiat seperti memuja kecantikan wanita, menganjurkan hubungan
bebas muda-mudi dan perlanggaran syariat. Sewajarnya senikata lagu-lagu Islam
mampu mengajak manusia kepada Cintakan Allah dan Hari Akhirat serta ke arah
memperbaiki diri.
Kedua : Tidak lalai dan berlebih-lebihan dalam berhibur
sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai. Maka haram berhibur
jika sampai meninggalkan solat, mengabaikan urusan mencari nafkah dan menuntut
ilmu. Kelalaian ini adalah perkara sia-sia yang wajib dijauhi sebagaimana
firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 55 : “Dan apabila mereka mendengar
perkataan Yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi
Kami amalan Kami dan bagi kamu pula amalan kamu; Selamat Tinggalah kamu; Kami
tidak ingin berdamping Dengan orang-orang Yang jahil".
Keempat : Penyanyi atau orang yang melakukan persembahan dan
para penonton yang hadir hendaklah menjaga tata susila Islam, memelihara aurat,
tidak melakukan gerak badan yang mengghairahkan dan penampilan yang mengundang
fitnah.
Kelima : Menghasilkan sesuatu yang baik susulan dari hiburan
tersebut. Berkat dari senikata yang baik, persembahan yang sopan dan syariat
yang dipelihara akan lahirlah masyarakat yang tenang dan bahagia, teguh iman
dan baik akhlaknya, bersatu padau dan berkasih sayang sesama mereka.
9.0 Kesimpulan
Remaja generasi kini tidak lagi
mementingkan perihal halal dan haram contohnya minum arak,berpegangan tangan
malah juga tidak menghormati ibubapa, guru, dan golongan yang lebih tua
daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka lebih
mementingkan keseronokan yang tiada batasan dan mereka merasakan diri
mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup.
Secara amnya, golongan remaja adalah yang berumur antara 11 tahun hingga 19
tahun. Ketika diusia remaja ramai diantara mereka yang terlibat dalam hiburan
yang melampau dan mempunyai pelbagai masalah sosial. Diusia ini juga remaja
yang kurang pemerhatian dari ibubapa akan cuba mencari keseronokan
diluar.
Oleh itu,ibupaba perlu memainkan peranan yang tinggi
dalam mendidik anak-anak mereka supaya menjadi generasi yang berguna suatu hari
nanti iatu dengan cara ibubapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya
tidak mudah terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Didikan agama
juga perlu dititik beratkan dalam keluarga agar ia dapat dijadikan
panduan.
Usaha memperbaiki akhlak remaja bukanlah suatu usaha
jangka pendek yang boleh dilakukan oleh sesuatu individu khusus, tetapi ia
adalah usaha berterusan yang memerlukan kesedaran dan tindakan semua pihak,
daripada ibubapa, sekolah, institusi-institusi kerajaan dan bukan kerajaan, dan
diri remaja itu sendiri. Gejala-gejala keruntuhan akhlak yang semakin meluas
pada hari ini adalah sebahagian daripada simtom-simtom meninggalkan peranan dan
tanggungjawab masing-masing.
Maka setiap orang dan pihak perlu melakukan
tanggungjawabnya di dalam pembinaan akhlak remaja. Seseorang remaja perlu
mencari persekitaran bagi memastikan dirinya mendapat pengaruh yang baik.
Seseorang ibu atau bapa perlu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi
pendidikan anak-anak remajanya di rumah. Seorang guru perlu menyediakan
persekitaran di kelas yang menyokong peningkatan akhlak anak muridnya. Dan
sesebuah kerajaan perlu menggerakkan institusi-institusinya ke arah menjana
generasi remaja cemerlang yang bakal menggantikannya suatu hari nanti.
Pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk
memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi untuk mengelakkan perkara ini
daripada berterusan.Oleh itu, remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan di
beri pimpinan agar mereka tidak sesat ke arah yang songsang supaya masa depan
mereka sentiasa cerah. Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dan
bangsa kerana para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara dan
mereka inilah yang akan memimpin negara pada suatu hari nanti.
Setiap pihak mesti melaksanakan amanah dan tanggung jawab
menangani masalah keruntuhan akhlak ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan
kepada Allah. Kesan positif daripadanya akan lahirlah generasi-generasi
muda-mudi yang cemerlang dari sudut akhlak yang sudah tentu akan membimbing
negara yang tercinta ini ke arah kemakmuran dan kesejahteraan.
Kesimpulannya, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
kini haruslah ditangani dengan bijak dan segera. Semua pihak, termasuklah ibu
bapa atau penjaga, pihak sekolah, jiran tetangga, serta segenap lapisan
masyarakat haruslah berganding bahu dan bersama-sama mengatasi masalah yang
kian runcing di negara kita pada hari ini. Sesungguhnya, para remaja pada hari
ini merupakan umarak (pemimpin) nusa bangsa pada masa depan.
Kini telah banyak sumber-sumber hiburan Islam yang boleh
dijadikan alternatif kepada hiburan yang sedia ada yang jelas melalaikan.
Banyak usaha yang telah dibuat untuk membangunkan hiburan Islam dengan
kemunculan kumpulan-kumpulan nasyid dan halaqah-halaqah zikir.
Kita juga telah faham bahawa tujuan berhibur dalam Islam
ialah untuk melahirkan insan yang sihat jasmani, rohani dan indah budi
pekertinya. Insan yang sihat bukanlah yang hanya terhindar dari sebarang
penyakit, tetapi juga yang terhindar dari permasalahan emosi, kecelaruan minda
dan jiwa, bebas dari tekanan masalah rumahtangga, tempat kerja dan sebagainya.
Semua ini terhasil kerana hiburan Islam memiliki unsur-unsur positif, terkawal,
bersifat mendidik dan menenangkan jiwa. Justeru sebagai umat Islam kita perlu
bijak memilih hiburan dan cara untuk berhibur. Sesungguhnya, hiburan yang
sebenar adalah hiburan yang mengingatkan kita kepada Tuhan Maha Pencipta, Allah
SWT.
















RECAP
Siri Politeknik Module Komunikasi dan Penyiaran
dalam Islam (M.S 120 & 121)